X

Kindly register in order to view this article
!

Pemilik premis dikompaun gagal pasti pekerja pakai pelitup muka

A
A

PORT DICKSON - Gagal memastikan pekerja memakai pelitup muka, seorang pemilik premis antara lima individu yang dikompaun RM1,000 dalam Op Bersepadu Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka dikenakan tindakan ketika pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan di sekitar Lukut dan Port Dickson pada jam 11 pagi sehingga 5 petang.

"Mereka melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun di Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Beliau menasihatkan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakkan sosial ketika berada di premis perniagaan serta mengelakkan diri di tempat sesak.

Beliau berkata, 'Task Force' pematuhan SOP PKPP akan mengambil tindakan secara berterusan bagi memastikan masyarakat sentiasa peka dan patuh kepada norma baharu sepanjang tempoh PKPP ini dilaksanakan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!