X

Kindly register in order to view this article
!

Najib kata Mahfuz 'panas' dengannya...

A
A

SHAH ALAM- Bekas Perdana, Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang kelihatan 'panas' dengan beliau.

Sindiran Najib itu menjawab kepada dakwaan Mahfuz yang mendakwa Najib tidak menyumbang kepada kemenangan BN pada PRK Cameron Higlands lalu.

Menjawab kepada kenyataan itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau mengakui memang beliau tidak memberi sumbangan apa-apa pun.

"Saya pun tak pernah 'claim' saya pernah sumbang apa-apa untuk kemenangan BN di PRK Cameron Highlands.

"Kan saya awal-awal dah kata, saya ke sana untuk beli strawberi sahaja. Kebetulan sahaja saya dapat bertemu beberapa kawan-kawan lama di situ.Saya tak tahu mengapa orang PH panas. Beli strawbeli pun salah?," katanya yang dikongsi menerusi Facebooknya, hari ini.

Najib berkata demikian mengulas kenyataan Mahfuz bahawa bukan faktor Najib yang menyumbang kemenangan BN sebaliknya kata timbalan menteri sumber manusia itu, Pas merupakan faktor utama kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor pada 26 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau kini melihat Mahfuz sering menyebut namanya.

"Mungkin dia ada cita-cita untuk pindah jadi Timbalan Menteri di 'Kementerian Hal Ehwal Najib' (KemenHEN) kelak hari?," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!