'Malaysia tetap negara Islam, bukan sekular'

Aminuddin (duduk, tengah), bersama ahli Isma Cawangan Ipoh pada mesyuarat agung berkenaan, petang tadi.
Aminuddin (duduk, tengah), bersama ahli Isma Cawangan Ipoh pada mesyuarat agung berkenaan, petang tadi.
A
A
A

IPOH - "Malaysia adalah negara Islam." Itu reaksi Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya bagi mengulas ucapan penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa Malaysia sebuah negara sekular ketika berucap di Australia baru-baru ini.

Aminuddin berkata, kenyataan berkenaan adalah salah serta bertentangan daripada segi fakta sejarah penubuhan Malaysia.

"Walaupun telah berkali-kali diingatkan, mereka tetap mengatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

"Jika negara ini negara sekular maka semua agenda (termasuk agenda negatif) boleh masuk ke negara ini," katanya kepada Sinar Harian.

Aminuddin berkata demikian ketika ditemui sempena Mesyuarat Agung Tahunan Isma Cawangan Ipoh di Kinta Riverfront petang tadi.

Tambah Aminuddin, setakat ini sejumlah 100,000 tanda tangan telah berjaya dikumpulkan daripada orang ramai yang bersetuju Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Justeru katanya, Isma merancang untuk memperluaskan tandatangan berkenaan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

"Dalam masa tak sampai sebulan kita dah berjaya kumpul 100,000 tandatangan.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan teruskan kempen ini bagi menunjukkan sokongan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam," katanya.