X

Kindly register in order to view this article
!

11 MP Amanah kemuka usul tidak percaya terhadap PM

Ciapan Dr Dzulkefly mengesahkan pendirian 11 MP Amanah berhubung usul tidak percaya terhadap Muhyiddin. Gambar kanan: Surat usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dihantar Mohamad Sabu kepada Speaker Dewan Rakyat.
A
A

SHAH ALAM - Kesemua 11 ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Dr Dzulkefly mengesahkan perkara itu ketika membalas ciapan dengan salah seorang pengguna Twitter yang mendakwa sebagai pengundi Parlimen Kuala Selangor dan menyarankan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berbuat demikian.

"Ya, bagi perteguh kepentingan usul, semua ahli Parlimen Amanah (11) hantar usul undi tidak percaya kepada YDP Speaker sebelum 5 petang tadi.

"Semoga Speaker Dewan Rakyat beri laluan untuk usul ini dibentangkan dalam sesi sidang akan datang," tulis Dr Dzulkefly.

Beliau turut meminta pengundi mendoakan perkara itu dapat direalisasikan.

Terdahulu, Sinar Harian turut melihat sepucuk surat daripada Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berbuat demikian bagi mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!