Covid-19: F1 Vietnam dibatalkan

Grand Prix Vietnam Formula Satu yang dijadualkan tahun ini di Hanoi dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
Grand Prix Vietnam Formula Satu yang dijadualkan tahun ini di Hanoi dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
A
A
A

HANOI - Grand Prix Vietnam Formula Satu (F1) yang dijadual diadakan tahun ini di Hanoi dibatalkan berikutan pandemik koronavirus (Covid-19), kata penganjur hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Ini adalah keputusan yang sukar tetapi perlu diambil memandangkan ketidakpastian berterusan disebabkan pandemik Covid-19, memetik pengumuman di laman web rasmi acara itu.

Kata pengumuman itu, bayaran balik penuh akan diberikan untuk semua tiket yang dibeli.

Awal tahun ini Grand Prix ditunda dari jadual asal, 3 hingga 5 April.

Litar Hanoi sepanjang 5.6 kilometer dengan 23 pusingan sudah siap sepenuhnya pada Februari. - Bernama

Artikel Berkaitan: