Hubungan mesra guru, ibu bapa perlu terus dibina

Nurul Najmi berkongsi inisitiaf yang dilakukan Sekolah Sri Aria dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian pada Wacana Sinar Edisi ke-202 bertajuk ‘PKPB: Belajar dari rumah, siapa lebih stres?’.
Nurul Najmi berkongsi inisitiaf yang dilakukan Sekolah Sri Aria dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian pada Wacana Sinar Edisi ke-202 bertajuk ‘PKPB: Belajar dari rumah, siapa lebih stres?’.
A
A
A

SHAH ALAM – Hubungan mesra antara guru dan ibu bapa perlu terus dibina supaya sebarang maklumat mengenai pembelajaran anak-anak dapat disampaikan secara berkesan kepada ibu bapa ketika krisis wabak koronavirus (Covid-19) yang menuntut pelaksanaan pembelajaran dalam talian.

Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Latihan & Teknikal Sekolah Sri Aria, Nurul Najmi Mohd Haniffah, menerusi hubungan mesra itu, guru boleh menyampaikan secara terus kepada ibu bapa mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak termasuk mengenai kerja sekolah yang perlu anak-anak mereka siapkan.

Nurul Najmi
Nurul Najmi

Katanya, inisiatif itu menjadi satu titik tengah untuk berbincang dengan ibu bapa secara positif dalam memberi didikan dan membentuk potensi diri anak-anak seperti diamalkan di sekolah beliau.

“Sebagai guru, kami sedar keadaan belajar di rumah jauh beza dengan keadaan di sekolah. Menerusi persekolahan fizikal, guru boleh mengajar secara bersemuka dan kalau anak-anak tak faham, guru boleh jelaskan.

“Tapi bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku, antara perkara pertama yang guru perlu tahu ialah ibu bapa juga akan rasa situasi yang sebelum ini tak perlu mereka fikir iaitu anak belajar di rumah tetapi tiba-tiba kena fikir dan pada masa sama mereka perlu kerja,” katanya selaku panelis Wacana Sinar Edisi ke-202 bertajuk ‘PKPB: Belajar dari rumah, siapa lebih stres?’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian malam tadi.

Wacana itu turut menampilkan panelis iaitu Pakar Motivasi Pelajar dan Ibu Bapa, Fauziah Sirat dan Pendakwah Selebriti, Izzhar Nazri serta personaliti televisyen, Ismail Adnan selaku moderator.

Nurul Najmi berkata, sedar dengan hakikat itu, sekolahnya bertindak mendekati dan mengendalikan ibu bapa terlebih dahulu agar mereka memahami pembelajaran menerusi talian selepas PKP mula dikuatkuasakan kerana ia bermula norma baharu masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Apa yang kita hadapi tak pernah kita buat sebelum ini. Ibu bapa berada di rumah dengan anak-anak. Kalau ibu bapa stres maknanya kesannya pada anak-anak. Kalau anak-anak stres macam mana pembelajaran nak berlaku?

“Jadi dari sini saya rasa guru-guru boleh memainkan peranan berhubung secara maya juga dengan ibu bapa sebelum meneruskan pembelajaran maya dengan anak-anak,” katanya.