Muhammad Sanusi masih sayang Lang Merah

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.
A
A
A

MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengakui menyayangi pasukan Lang Merah walaupun menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Muhammad Sanusi berkata, beliau sedia mempertimbangkan semula hasrat meletakkan jawatan selepas ada beberapa pihak meminta tidak berbuat sedemikian.

Menurutnya, surat perletakan jawatan dirinya sebagai Presiden persatuan dihantar sebelum ini akan berkuat kuasa pada esok, namun Jawatankuasa Eksekutif KFA telah menolak peletakan jawatan itu baru-baru ini.

"Peletakan jawatan saya akan berkuatkuasa pada 15 Oktober 2020, namun KFA telah menolak hasrat itu. Ada pihak yang datang meminta saya mempertimbangkan hasrat meletak jawatan.

"Namun, saya belum membuat keputusan samada berundur ataupun kekal. Kita tunggu tengok esok macam mana. Sebagai orang Kedah, saya akui tetap sayangkan pasukan Lang Merah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berkata, beliau berterima kasih kepada pemain Lang Merah yang kekal mempamerkan aksi terbaik walaupun pasukan bola sepak itu berdepan masalah hutang.

"Saya tabik pemain Lang Merah, yang mana isu masalah hutang tidak bayar tidak menjejaskan pemain di padang dan mereka bersikap profesional dengan bermain dengan sangat baik.

"Menjelang peletakan jawatan saya, saya akan selesaikan hutang RM14 juta ditanggung KFA. Malah, saya telah mendapatkan RM6.7 juta dan baki selebihnya diyakini mampu diselesaikan esok,"katanya.

Artikel Berkaitan: