Pemuda UMNO Selangor akur keputusan pimpinan

Rizam Ismail
Rizam Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO Selangor sentiasa selari dan mengikuti keputusan parti di peringkat pusat.

Ini termasuk dalam soal UMNO membuat pertimbangan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberikan syarat baharu kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail berkata, keputusan itu merupakan hasil perbincangan bersama untuk masa depan parti.

"Dalam soal ini, ini keputusan parti dan bukan individu. Parti sudah fikirkan soal rakyat dan saya rasa ada perkara yang penting yang difikirkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, akar umbi diminta bersabar dan bertenang menunggu kenyataan selanjutnya daripada pucuk pimpinan parti.

"Jangan kita keluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan, sabar dan tunggu kenyataan yang selanjutnya daripada pucuk pimpinan.

"Andai tidak berpuas hati boleh luahkan melalui saluran yang betul dalam mesyuarat bahagian, persidangan yang akan diadakan dalam platform itu yang sewajarnya tetapi apa pun akar umbi perlu bertenang," katanya.

Menurutnya, UMNO merupakan sebuah parti yang lama dan sudah diyakini kemampuannya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO timbang tarik diri sokong PN

Terdahulu, UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong PN dan akan memberikan syarat baharu kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.