Apa kes lelaki pukul perempuan di tempat awam?

No Image Caption
A
A
A

MERAK Jalanan perhatikan, walaupun kes lelaki pukul wanita di khalayak ramai masih boleh dikira dengan jari namun impaknya besar lebih-lebih lagi jika rakaman videonya tersebar di media sosial. Ia juga memberi mesej yang salah mengenai bagaimana lelaki sepatutnya melayan kaum hawa.

Dalam insiden terbaru beberapa hari lalu, polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai memukul seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Ampang, Selangor. Satu klip video berdurasi 16 saat mengenai insiden itu yang dirakam orang ramai tular di Facebook.

Itu bukanlah insiden pertama di negara ini. Seingat Merak Jalanan, ada satu kes di Melaka seorang lelaki pukul wanita dengan ekzos kereta. Kejadian itu sudah menjadi kes mahkamah.

Di Keramat, Kuala Lumpur, seorang lelaki tumbuk wanita dalam insiden kecil di jalan raya. Dalam kes di Pulau Pinang pula, seorang jurujual wanita yang bekerja di kedai serbaneka ditampar pelanggan lelaki yang berang kerana tidak dibenarkan membeli tiga peket minyak masak.