Pencemaran Sungai Batang Benar: Reman dua suspek disambung

No Image Caption
A
A
A

NILAI - Reman ke atas pemandu dan kelindan lori yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran Sungai Batang Benar di sini disambung lima hari lagi bermula esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan, Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, permohonan reman itu dibuat pagi tadi.

"Reman dibenar sehingga Ahad," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua suspek itu ditahan pada 6 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan pada jam 12.45 tengah hari dan direman selama tujuh hari bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai telah dikenal pasti sebagai lokasi utama punca pencemaran yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas.

Kementerian itu berkata, sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemui di tapak lokasi.

Artikel Berkaitan: