Azmin sindir Anwar?

Ciapan Mohamed Azmin
Ciapan Mohamed Azmin
A
A
A

SHAH ALAM - Ketika tumpuan sedang diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menarik perhatian.

Azmin membuat posting terbaharu menerusi ciapan di Twitter beliau sejurus Anwar selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.

"Baru habis kuliah matematik," kata Mohamed Azmin dipercayai menyindir Anwar berkaitan jumlah sokongan diperoleh Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Ciapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dibuat sejak sekian lama beliau mendiamkan diri selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Terdahulu Anwar meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11.25 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong

Artikel Berkaitan: