Polis ambil keterangan lanjut anak Maria Chin

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis akan mengambil keterangan lanjut anak lelaki Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang cedera ditikam dalam kejadian cubaan samun di Taman Bukit Mayang Emas, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashriman Ku Mahmood berkata, mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam dan polis akan segera menemuinya untuk mengambil keterangan lanjut.

“Pada hari kejadian polis telah mengambil keterangan awal dari mangsa namun selepas mangsa dibenarkan keluar, keterangan lanjut akan diambil bagi melengkapkan sisatan.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Maria Chin cedera ditikam

“Kita juga sudah memperoleh petunjuk dalam mengenal pasti identiti suspek hasil dari keterangan awal dari mangsa kelmarin,” katanya.

Menurut Ku Mashriman, polis masih mengesan suspek yang menikam mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh tampil membantu siasatan,” katanya.

Ahad lalu, mangsa 26 tahun cedera akibat ditikam dalam kejadian cubaan samun di Taman Bukit Mayang Emas, Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian sekitar 6 petang itu, mangsa yang sedang berjoging didatangi suspek dan cuba menyamunnya sebelum ditikam di bahagian perut hingga menyebabkan kecederaan dalaman antara satu hingga dua sentimeter.

Suspek kemudiannya melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa barang mangsa selepas sebuah motosikal menghampiri mereka.

Mangsa yang turut mengalami kecederaan luka di tangan kanan telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).