X

Kindly register in order to view this article
!

Ekuinas lepaskan kepentingan ekuiti dalam Coolblog

Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir
A
A

EKUITI Nasional Berhad (Ekuinas) mengumumkan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya sebanyak 60 peratus dalam peneraju penyedia pencuci mulut dan minuman tempatan, Coolblog Apps Sdn Bhd (Coolblog).

Difahamkan, pelupusan itu diserahkan kepada Archipelago Capital Partners (Archipelago) berdasarkan nilai ekuiti berjumlah RM75 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata, pelaburan mereka dalam Coolblog sudah mencapai kematangan untuk dilupuskan dan pihaknya telah melaksanakan pelan penciptaan nilai buat syarikat tersebut.

“Ini juga adalah sebahagian daripada strategi pelaburan berhemat untuk menjaminkan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) yang positif, sejajar dengan langkah kami untuk melupuskan aset-aset di bawah Ekuinas Direct (Tranche II) Fund,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Yasir berkata, berdasarkan rekod pencapaian cemerlang mereka dalam industri barangan pengguna laris (FMCG), Archipelago telah dipilih sebagai rakan pelaburan yang tepat untuk memajukan dan mempercepatkan prestasi Coolblog.

Beliau berkata, pihaknya berbesar hati apabila Archipelago mengambil alih pengendalian pertumbuhan Coolblog di Malaysia dan seluruh rantau ini.

“Pelupusan ini telah menjana Kadar Pulangan Dalaman (IRR) 6.4 peratus bersamaan dengan 1.4 kali modal dilaburkan,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!