Penduduk panjat pokok petai cari riang-riang

Para penduduk menunjukkan reriang yang ditemui pada pokok tersebut.
Para penduduk menunjukkan reriang yang ditemui pada pokok tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU - Penduduk di Kampung Petani, Sering, di sini, menemui ribuan reriang atau cicada pada pokok petai yang mengeluarkan titisan air umpama 'menangis' di Kampung Petani, Sering, di sini.

Serangga itu ditemui apabila seorang penduduk, Tan Syamsul Tuan Kechik, 31, membuat keputusan memanjat pokok setinggi 30 meter itu kerana ingin melihat sendiri misteri cecair yang turun bagai hujan renyai terbabit pada jam 10 malam tadi.

“Saya terus panjat dan mendapati terdapat banyak riang-riang yang ada pada dahan pokok itu, namun tidak nampak dengan jelas serangga tersebut kencing atau tidak kerana keadaan gelap.

No Image Caption

“Namun, saya tidak menolak kemungkinan air yang menetis itu berpunca daripada serangga riang-riang,” katanya yang ditemui di salah satu daripada dua pokok yang mengeluarkan cecair terbabit.

Sementara itu, Sinar Harian bersama penduduk kampung yang turut ke lokasi juga melihat sendiri kehadiran serangga itu dan meminta pihak berkaitan termasuk penyelidik atau Jabatan Pertanian membuat pemeriksaan di pokok terbabit bagi mengesahkan punca air terbabit.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk Roziah Abdullah, 30, terkilan dengan segelintir netizen yang mempersendakan perkara itu.

“Sebagai orang biasa, kami memang tidak tahu punca fenomena ini berlaku kerana ini adalah kali pertama berlaku di kampung ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya sendiri terkejut melihat riang ini kerana daripada pandangan mata kasar memang tidak dapat melihat dengan jelas serangga itu kerana warnanya hampir sama dengan warna pokok itu,” katanya.