Covid-19: Elak anjur majlis secara besar-besaran

S Veerapan
S Veerapan
A
A
A

SEREMBAN - Rakyat dinasihatkan untuk tidak menganjurkan sebarang majlis melibatkan orang ramai secara besar-besaran buat sementara waktu ini di Negeri Sembilan.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, saranan tersebut dibuat susulan berlaku peningkatan kes pandemik koronavirus (Covid-19) di peringkat nasional.

"Saranan oleh kerajaan negeri ini demi menjaga dan mengawal penularan Covid-19 di Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, penganjuran majlis secara kecil-kecilan kurang daripada 50 orang masih boleh diadakan tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk mencatat suhu badan, memakai pelitup muka, menggunakan 'sanitizer' dan mematuhi penjarakkan fizikal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Veerapan berkata lag, saranan tersebut juga ditekankan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bercadang mengadakan majlis melibatkan orang ramai atau mana-mana aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai di Negeri Sembilan.

Setakat semalam, Negeri Sembilan merekodkan empat kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti virus di negeri itu sebanyak 1,069 kes.

Artikel Berkaitan: