Saya bekerja untuk anak bini: Ammar Hot FM

Pelakon, pengacara, Ammar
Pelakon, pengacara, Ammar
A
A
A

BIARPUN sudah bergelar pelakon dan pengacara serta penyampai radio di Hot FM, namun itu bukanlah jalan pintas untuk artis ini berjaya mendapatkan kerja dalam bidang berlainan.

Sebaliknya, Ammar Titan atau Azizul Ammar Abu Hassan, 30, masih menghadiri sesi ujibakat seperti mana pendatang baharu lain.

"Nak tunggu production call atau offer sahaja tak boleh juga.

"Kena usaha supaya orang ingat kita balik. Saya pun dulu bermula dengan casting.

"Tak dapat tak mengapa asalkan kita sudah berusaha," katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story berikut, pinta Ammar dua perkara demi untuk menyara kehidupan keluarganya.

"Saya tak minta banyak, diberikan kekuatan dan kesihatan yang cukup untuk saya bekerja cari rezeki untuk anak bini. Amin," tulisnya.

Artikel Berkaitan: