Diizinkan ALLAH saya kahwin: Zizan Razak

Pelakon, Zizan Razak
A
A

PELAKON dan pelawak, Zizan Razak, 34, sering ditanya perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut, Zizan atau Mohammad Razizan Abdul Razak, berkata, dia terlebih dahulu mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

"Berkenaan kahwin ini belum ada nak dikongsikan lagi. Buat masa ini nak tumpu pada kerjaya dulu.

"Saya pun tak pastilah, follow the flow sahaja. Kalau ada jodoh rezeki, ada peluang, diizinkan ALLAH saya kahwin," ujarnya ringkas.

Terdahulu Zizan yang ditemui pada malam ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Muzik Video Paling Lit.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia