BN10 PGA Sibu rampas bir seludup RM31,000

Pegawai pemerintah Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am Kem Lanang Sibu Supt Sanudin Md Isa (dua, kanan) melihat arak yang dipercayai untuk diseludup, pada sidang akhbar hari ini. - Foto Bernama
Pegawai pemerintah Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am Kem Lanang Sibu Supt Sanudin Md Isa (dua, kanan) melihat arak yang dipercayai untuk diseludup, pada sidang akhbar hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SIBU - Sepasukan sembilan anggota dan pegawai cawangan risik Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am Kem Lanang Sibu merampas 6,250 tin dan 1,716 botol bir pelbagai jenama yang dipercayai diseludup semalam.

Diketuai oleh Inspektor Mohd Salman Zulfitri Sheekandar, pasukan yang membuat serbuan ke sebuah rumah di Jalan Rhu di sini pada pukul 2 petang itu turut menahan seorang lelaki warga emas berusia 60-an.

Pegawai Pemerintah batalion itu Superintenden Sanudin Md Isa dalam satu sidang akhbar pada hari ini berkata, nilai rampasan sebelum cukai minuman keras tersebut dianggarkan sebanyak RM31,000.

“Minuman keras tersebut dijumpai di dalam stor rumah tersebut yang dipercayai menjadi transit sebelum minuman itu diedarkan ke kedai-kedai runcit di sekitar bandar Sibu tiga kali seminggu,” katanya.

Kes itu akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Sanudin berkata pihaknya akan terus menjalankan usaha membantu agensi-agensi berkaitan dalam membanteras penjualan minuman keras seludup di bandar ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: