Robeah mahir kait pukat udang

Ketelitian dan kekemasan, menjadikan pukat dihasilkan Robeah mendapat sambutan menggalakkan.
Ketelitian dan kekemasan, menjadikan pukat dihasilkan Robeah mendapat sambutan menggalakkan.
A
A
A

KOTA KUALA MUDA - Bermula dari insiden menempah pukat daripada seseorang tetapi tidak siap selama enam bulan mendorong seorang wanita untuk mempelajari sendiri selok belok membuat peralatan itu.

Hasilnya, Robeah Hassan, 43, kini dikenali dalam kalangan penduduk Kampung Paya sebagai satu-satunya wanita di perkampungan nelayan di Kota Kuala Muda Kedah itu yang mahir membuat pukat udang sehingga menerima tempahan menggalakkan daripada nelayan.

Robeah Hassan satu-satunya wanita di kampunya yang mahir menghasilkan pukat.
Robeah Hassan satu-satunya wanita di kampunya yang mahir menghasilkan pukat.

"Sudah tujuh tahun saya belajar mengait pukat. Dulu saya belajar sebab nak buat sendiri tetapi sekarang ramai yang mula tempah.

"Detik saya mula belajar mengait pukat bermula selepas pukat yang ditempah tidak siap setelah enam bulan menunggu. Jadi, saya cuba belajar buat sendiri dan berguru dengan seorang rakan untuk mempelajari selok belok serta teknik membuat pukat,," katanya kepada Sinar Harian.

Hasni (kiri) membantu Robeah menyiapkan tempahan pukat dari nelayan.
Hasni (kiri) membantu Robeah menyiapkan tempahan pukat dari nelayan.

Menurut Robeah, tidak sangka, ilmu yang dipelajarinya memudahkan dia dan suaminya, Hasni Hashim, 49, meraih pendapatan sebagai nelayan sekali gus membantu rakan lain mendapatkan pukat dengan harga berpatutan.

Rata-rata pembeli memuji hasil kerja tangan Robeah yang dikatakan lebih kemas kerana dihasilkan dengan penuh teliti.

Artikel Berkaitan:

Disebabkan kekemasan pukat yang dihasilkannya, wanita itu menjadi buah mulut orang kampung dan kini, Robeah tidak menang tangan menerima tempahan pukat sepanjang masa.

Untuk perancangan masa depan dia dan suaminya berhasrat mewujudkan bengkel membuat pukat sekiranya wanita di kampung mereka ingin mempelajari kemahiran membuat pukat untuk menambah pendapatan.