X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Pelajar positif Covid-19, SMK Mutiara ditutup

elihatan para pelajar sekolah pulang dengan memakai gelang kuarantin berwarna pink setelah menjalani saringan Covid-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, Labuan hari ini. -Foto Bernama
A
A

LABUAN - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara di sini, diarah tutup sementara untuk proses sanitasi setelah seorang pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, pelajar berkenaan (yang disahkan positif) tinggal di rumah kongsi di kawasan pembinaan (rumah setinggan) yang didiami lebih 40 orang.

"Dia dan tujuh individu lain yang tinggal di sana didapati positif manakala ibu bapa pelajar itu belum mendapat keputusan ujian saringan.

"Dia (pelajar) telah ke sekolah sejak beberapa hari lepas sebelum kami mendapat keputusan awal bahawa dia disahkan positif pagi ini dan sekolah ditutup sementara untuk sanitasi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, semua guru di sekolah itu termasuk guru di seluruh Labuan telah menjalani ujian swab Covid-19 di Pusat Kokurikulum Labuan hari ini dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah itu pada 29 September sehingga 2 Oktober lepas juga diarah menjalani ujian saringan.

SMK Mutiara dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada ibu bapa awal pagi hari ini memaklumkan ibu bapa supaya mengambil anak-anak mereka yang bersekolah pada pukul 9.30 pagi berikutan arahan penutupan segera.

Semua guru sekolah itu diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dan dinasihatkan membawa pulang bahan mengajar untuk melaksanakan pengajaran dalam talian.

- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!