Rusia berjaya uji peluru berpandu hipersonik

Rusia lancar peluru berpandu hipersonik tepat sasaran.
Rusia lancar peluru berpandu hipersonik tepat sasaran.
A
A
A

MOSCOW - Rusia hari ini berjaya menguji peluru berpandu hipersonik baharu anti-kapal sebagai langkah disambut baik oleh Presiden Vladimir Putin sebagai 'peristiwa besar’ negara itu.

Tentera berkata, pelancaran peluru berpandu Tsirkon dilakukan dari kapal Admiral Gorshkov di Laut Putih pada Isnin lalu dan berjaya mengena sasarannya.

Ketua Jeneral Kakitangan tentera Rusia, Valery Gerasimov memberitahu Putin ia kali pertama peluru terbabit berjaya menyerang sasaran di laut.

Gerasimov berkata, peluru berpandu itu berjaya mengena sasaran pada jarak 450 kilometer di Laut Barents dan mencapai kelajuan Mach 8 iaitu lapan kali ganda kelajuan bunyi.

Hujung tahun lepas, Rusia menyatakan mengenai perkembangan senjata baru futuristik yang diharapkan dapat memberikan kelebihan dalam perlumbaan senjata dengan Amerika Syarikat (AS). - AFP

Artikel Berkaitan: