Ketua Pengarah Jakim bebas Covid-19

Paimuzi Yahya
Paimuzi Yahya
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya bebas daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim mengesahkan perkara itu dalam kenyataan di sini hari ini.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, Ketua Pengarah Jakim telah menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada Selasa 6 Oktober 2020 di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

"Namun begitu, memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan.

"Keadaan beliau dilaporkan stabil. Buat masa ini, beliau tidak dibenarkan menerima tetamu atas faktor SOP pihak hospital. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan buat beliau," menurut kenyataan itu di sini semalam.

Artikel Berkaitan: