Kakitangan Sime Darby Property positif Covid-19

 Ibu pejabat Sime Darby Property di Petaling Jaya ditutup sementara susulan seorang kakitangannya disahkan positif pandemik koronavirus (Covid-19).
Ibu pejabat Sime Darby Property di Petaling Jaya ditutup sementara susulan seorang kakitangannya disahkan positif pandemik koronavirus (Covid-19).
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu pejabat Sime Darby Property di Petaling Jaya ditutup sementara susulan seorang kakitangannya disahkan positif pandemik koronavirus (Covid-19).

Sime Darby Property dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu dibuat bagi membolehkan proses nyahkuman secara menyeluruh dapat dijalankan.

Menurutnya, kali terakhir kakitangan yang disahkan positif itu hadir ke pejabat pada 2 Oktober lalu dan kini sedang dirawat di hospital.

"Kami sedang membuat pengesanan kontak rapat kepada kakitangan yang disahkan positif itu.

"Mereka dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri dan mendapatkan bantuan perubatan segera jika mula mempunyai gejala atau tidak sihat.

"Perniagaan akan diteruskan seperti biasa, galeri jualan kami dan lain-lain pejabat tetap dibuka melainkan ada penguman terbaru," katanya.

Katanya, semua pihak juga digesa untuk terus bertenang dan kekal selamat dalam tempoh ini.

"Kesihatan dan keselamatan pekerja dan pemegang taruh kami menjadi keutamaan dan kita akan terus memantau situasi sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Artikel Berkaitan: