Jenazah suami, isteri mangsa bunuh dikebumikan

Bapa Allahyarham, Wan Bakar Wan Embong menyiram air mawar di pusara anaknya itu selepas selesai pengkebumian pagi ini.
Bapa Allahyarham, Wan Bakar Wan Embong menyiram air mawar di pusara anaknya itu selepas selesai pengkebumian pagi ini.
A
A
A

BESUT - Jenazah Wan Mohd Baharul Nizam, 35, ditemui mati bersama isterinya dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Salak Tinggi, Sepang , Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenang, Hulu Besut di sini kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham diriingi kira-kira 50 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mana dan sahabat handai.

Terdahulu, jenazah Wan Mohd Baharul Nizam yang dibawa pulang dari Hospital Sepang disolatkan di Masjid Felda Tenang.

Jenazah Allahyarham yang mesra dengan panggilan Jang dibawa pulang ke rumah keluarganya di Felda Tenang tiba pada jam 3 pagi tadi.

Wan Mohd Baharul Nizam dan isterinya Norwahidah Abdul Hamid , 28, ditemui mati di dalam rumah tersebut Isnin lepas.

Mereka dikatakan akan bersanding pada Ahand Januari di rumah keluarga perempuan di Perlis sementara majlis membawa pulang menantu di Felda Tenang pada Rabu ini.

Kedua-dua mereka adalah kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya

Pihak keluarga enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu polis mengklasifikasikan kematian mereka sebagai kes bunuh dan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.