X

Kindly register in order to view this article
!

PRN Sarawak: Banyak aspek perlu diambil kira

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

SHAH ALAM - Banyak aspek perlu diambil kira sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ingin dilaksanakan dalam masa terdekat khususnya ketika negara berhadapan dengan lonjakan kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, keputusan untuk mengadakan PRN tidak hanya bergantung kepada pengawalan sempadan negeri untuk mengawal penularan Covid-19.

Sebaliknya, katanya, PRN memerlukan ramai kakitangan, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan penguat kuasa seperti polis dari luar Sarawak untuk digerakkan bagi membantu melancarkan perjalanan pilihan raya.

“Malah kawasan yang luas dengan ukuran yang hampir sama dengan Semenanjung Malaysia pastinya akan memerlukan banyak tenaga kerja, sekali gus dilihat mampu meningkatkan risiko kes Covid-19 yang diimport ke negeri ini.

“Selain itu, pengundi Sarawak yang bekerja atau belajar di luar negeri juga mungkin akan kembali untuk mengundi dan pastinya kepulangan mereka tidak boleh dihalang kerana ingin menunaikan tanggung jawab masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelvin berkata, walaupun pengundi yang pulang dibenarkan untuk memilih di pusat kuarantin, namun tempoh kuarantin yang lama mungkin menyukarkan mereka untuk membuat permohonan cuti.

Menurutnya, kesukaran itu juga dilihat sudah bertentangan dengan semangat demokrasi bagi membolehkan setiap individu memiliki hak untuk memilih.

“Jika hendak dibandingkan dengan Singapura, mereka adalah sebuah negara kecil dan hampir semua tenaga kerja yang diperlukan untuk menjalankan pilihan raya digerakkan secara dalaman.

"Di negara-negara seperti New Zealand, Perdana Menteri mereka telah menangguhkan pilihan raya sebelumnya kerana peningkatan kes Covid-19 dan kini tidak mempunyai kes pun sejak 10 hari lalu serta kembali ke tahap satu (berisiko rendah) di mana tidak ada lagi sekatan, " katanya.

Kelvin berkata, PRN tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang terburu-buru memandangkan mandat rakyat di negeri ini hanya akan berakhir pada Jun 2021.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!