KAKB jumpa KFA bincang pemilikan saham

KAKB akan mengadakan perjumpaan kali keempat bersama KFA esok bagi perbincangan memiliki saham di dalam pasukan Kedah.
KAKB akan mengadakan perjumpaan kali keempat bersama KFA esok bagi perbincangan memiliki saham di dalam pasukan Kedah.
A
A
A

KOPERASI Anak Kedah Berhad (KAKB) akan mengadakan perjumpaan kali keempat bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) esok bagi perbincangan memiliki saham di dalam pasukan Kedah.

Penasihanya, Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman berkata, pertemuan sebanyak tiga kali sebelum ini menampakkan reaksi yang positif termasuk perjumpaan dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Presiden KFA.

Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman
Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman

Menurutnya, ramai penyokong Kedah bersetuju dengan usaha yang digerakkan oleh KAKB untuk melibatkan rakyat negeri ini agar bersama-sama mempunyai saham di dalam kelab tersebut.

"Ramai yang tidak tahu bahawa koperasi ini mampu membuka pemilikan pasukan kepada peminat. Koperasi juga telah mengenalpasti individu dan syarikat yang akan bertindak sebagai penaja kepada pasukan Kedah.

"Sebelum ini, kita ada membuat siaran langsung di Facebook rasmi kita, Kedah United dan mendapat tontonan lebih 20,000 orang.

"Sejumlah 98 peratus individu bersetuju dengan usaha ini dan mereka menyatakan minat untuk sama-sama miliki saham di dalam pasukan berkenaan," katanya pada akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) KAKB dengan Koperasi Pemodalan Kelantan Berhad (PKB) di sebuah hotel di Alor Setar di sini hari ini.

Ahmad Shaizuan berkata, beliau berharap hasrat koperasi yang disuarakan sejak Ogos lalu itu, dipertimbangkan oleh KFA pada pertemuan kali keempat nanti.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu semua pihak tahu bahawa usaha itu merupakan satu anjakan baru dalam membantu pasukan melonjak ke arah lebih memberangsangkan, selain membantu skuad berada pada kedudukan yang stabil," katanya lagi.

Pada 21 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan Koperasi Anak Kedah Berhad menyatakan hasrat kepada kerajaan negeri Kedah untuk memiliki saham sebanyak 51 peratus dalam pemilikan pasukan Kedah menjelang penswastaan musim 2021.

Koperasi tersebut melalui satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada 9 Ogos lalu.