Bercuti dengan membudayakan norma baharu

No Image Caption
A
A
A

Malaysia masih dalam 'mood' Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik Covid-19. Dengan peningkatan kes yang dicatatkan ketika ini, lokasi di sesetengah negeri kini berada dalam tindakan PKP Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

Namun, usah risau. Anda masih boleh menghirup udara segar dan bercuti sambil melawat lokasi-lokasi menarik dalam negara selagi anda mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

No Image Caption



Kempen Cuti-Cuti Malaysia yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) terus diperhebat bagi menggalakkan rakyat negara ini meneroka keindahan lokasi menarik dalam negara.

Jadi tunggu apa lagi, Jom Pusing Malaysia. Bercutilah dengan melaksanakan pembudayaan norma baharu supaya dapat menghindari diri daripada jangkitan virus Covid-19.

Pembudayaan norma baharu menggunakan pendekatan Cegah dan didik, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP) perlu sama-sama dijaga walaupun anda dan keluarga sedang berseronok di tempat orang.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Patuhi langkah-langkah di bawah:

* Check-in menggunakan aplikasi MySejahtera

* Jaga jarak iaitu sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain

* Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer

* Pakai pelitup muka jika berada di tempat sesak atau jika penjarakan fizikal tidak dapat dilakukan

* Amalkan etika batuk dan bersin yang betul

* Dapatkan rawatan jika bergejala

No Image Caption