Atasi segera isu bekalan air

Mohd Sofian (kanan) mendengar intipati pertemuan yang dipengerusikan Andansura di Indera Mahkota, Kuantan pada Jumaat lalu.
Mohd Sofian (kanan) mendengar intipati pertemuan yang dipengerusikan Andansura di Indera Mahkota, Kuantan pada Jumaat lalu.
A
A
A

KUANTAN - Perbadanan Pengurusan Air Pahang (PAIP) diminta mengatasi isu tekanan air rendah yang berlaku di Beserah, Batu Hitam dan Jabor dengan kadar segera bagi memanfaatkan lebih 2,000 pengguna di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, masalah tekanan air rendah itu menyebabkan berlakunya gangguan bekalan berlarutan sejak tiga tahun lalu dan lebih merumitkan keadaan apabila tibanya musim perayaan.

“Paip memaklumkan bahawa mereka telah ambil maklum isu tekanan rendah itu, cuma memerlukan sedikit masa mendapatkan dana kewangan, mungkin pada tahun depan apabila dana kewangan diperoleh, maka isu tekanan rendah dapat diselesaikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Andansura berkata, pada Jumaat lalu, tiga ADUN Pas Pahang iaitu ADUN Luit, Mohd Sofian Abd Jalil; ADUN Jengka, Shahril Azman Abd Halim dan ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin turut sama mengunjungi pejabat PAIP di Indera Mahkota di sini bagi membincangkan isu bekalan air di kawasan masing-masing.

Andansura berkata, selain isu bekalan air, agenda utama pertemuan itu bagi membincangkan isu penambahbaikan serta peningkatan komunikasi dua hala antara Paip dan penduduk.

“Menurut PAIP, mendapan dan kekeruhan sungai menjejaskan bekalan air mentah.

“Kita beri cadangan supaya PAIP jadi lebih proaktif dari sudut komunikasi dengan pengguna. Orang ramai akan salahkan mereka walau bukan salah mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: