X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO perlu penanda aras baharu hadapi PRU15

Syed Agil Alsagoff, Ahmad Zahid Hamidi
A
A

SHAH ALAM - UMNO perlu mempunyai strategi yang dapat memberi penanda aras baharu bagi memulihkan imej dan reputasi parti politik itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik, Dr Syed Agil Alsagoff berpandangan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi harus bangkit bagi menyingkirkan persepsi negatif rakyat terhadap UMNO sekali gus memulihkan imej dan reputasi politik parti itu.

Menurutnya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga perlu berupaya untuk mencetus anjakan paradigma strategi politik dan masa depan parti dengan lebih ke hadapan.

Beliau berkata, Ahmad Zahid perlu lebih banyak bergerak dalam 'ground area', menyantuni keperluan dan kemahuan ahli-ahli parti berkenaan.

"Ia bersesuaian dalam konteks budaya politik yang lebih matang serta memenuhi keperluan masyarakat untuk mendirikan budaya politik bersih, berwibawa dan mendapat sokongan kepercayaan dari mereka.

"Senario yang berlaku di Sabah menunjukkan bahawa UMNO masih memerlukan suatu kekuatan dari segi strategi politik yang ampuh dan seharusnya berjuang dengan strategi yang bergaya, konsisten dan mampu berdikari seterusnya mampu menembusi keyakinan masyarakat terhadap peranan parti tersebut secara menyeluruh untuk membantu ahli-ahli dan rakyat menguruskan konflik,masalah dan cabaran yang mereka hadapi," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya lagi, hala tuju UMNO hari ini harus fokus kepada rakyat berbilang kaum, memenangi hati orang- orang Melayu di kawasan luar bandar dan berupaya menonjolkan imej dan reputasi yang positif dalam kalangan warga bandar.

"Inilah strategi yang akan memberi penanda aras baharu kepada parti tersebut bagi memulihkan imej dan reputasi politik parti tersebut menjelang PRU15," ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!