MAIWP beri perhatian pelajar IPT terkandas

Kenyataan MAIWP berhubung bantuan kepada pelajar IPT susulan penangguhan pendaftaran kemasukan oleh KPT, Jumaat lalu.
Kenyataan MAIWP berhubung bantuan kepada pelajar IPT susulan penangguhan pendaftaran kemasukan oleh KPT, Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedia membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas dan memerlukan bantuan pulang ke kampung susulan penangguhan pendaftaran bagi kemasukan sesi Oktober 2020.

Unit Komunikasi Korporat dalam satu kenyataan di Facebook semalam berkata, pihak IPT di Wilayah Persekutuan diminta untuk menghubungi MAIWP agar penyelarasan penyaluran bantuan kepada pelajar yang memerlukan dapat diuruskan sebaik mungkin.

Menurutnya, pelajar juga boleh terus menghubungi pihaknya bagi memohon Bantuan Zakat Kecemasan dan Baitulmal MAIWP di talian hotline 0125183614/ 0125127614.

"Aplikasi Mobile Jejak Asnaf juga boleh digunakan bagi melaporkan pelajar yang dalam memerlukan. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store," katanya.

Menurutnya, MAIWP dan syarikat subsidiari melalui program Musaadah Covid-19 telah menyalurkan bantuan keseluruhan berjumlah RM71.5 juta sehingga kini antaranya penyaluran bantuan makanan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pelajar di Wilayah Persekutuan yang terkandas.

Katanya, MAIWP turut bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membantu pelajar terkandas termasuk pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Kolej Antarabangsa Sains Perubatan Pusrawi (PICOMS) pulang ke kampung dengan menyediakan bas baru-baru ini.

Katanya, sehingga kini, MAIWP masih meneruskan bantuan kecemasan kepada semua yang terjejas akibat Covid-19 dan mereka yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: