Raja Permaisuri Agong rasmi mesyuarat Agong Tahunan PPPM

Tunku Azizah berkenan menyampaikan titah diraja pada Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-55 Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tahun 2020 hari ini. - Foto Bernama
Tunku Azizah berkenan menyampaikan titah diraja pada Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-55 Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tahun 2020 hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluahkan rasa bangga dengan kecemerlangan pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang telah memasuki 104 tahun.

"Beta mengucapkan syabas kepada ahli yang terlibat dalam semua peringkat di dalam dan di luar negara dan diharap akan terus aktif walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), malah beta difahamkan PPPM lebih aktif kini dengan melaksanakan pelbagai program dan rancangan secara dalam talian," titah baginda.

Baginda yang juga Penaung Diraja PPPM bertitah demikian dalam titah ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-55 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 2020 di sini dan yang turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim yang juga Timbalan Yang Dipertua PPPM.

Tunku Azizah berkenan bergambar bersama para ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia ketika mencemar duli berangkat hadir pada Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-55 Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tahun 2020 hari ini. - Foto Bernama

Tunku Azizah turut berbesar hati dengan peruntukkan RM1.5 juta yang akan diterima persatuan itu menerusi bantuan Kumpulan Wang Amanah Perkhidmatan Kemasyarakatan dan Kebajikan seperti yang diumumkan Yang Dipertua baharu PPPM Puan Sri Norainee Abdul Rahman yang juga merupakan isteri Perdana Menteri.

"Beta berharap PPPM akan menggunakan peruntukkan yang diberikan untuk menghantar ahli menghadiri mesyuarat di luar negara. Dengan adanya peruntukan ini, kita juga memberi peluang kepada semua wanita muda, supaya mereka mempelajari daripada kempen dan latihan di luar negara," titah baginda.

Sehingga kini PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia dengan bilangan anggota seramai 282,147 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: