X

Kindly register in order to view this article
!

Dakwaan AS negara guna buruh paksa berniat jahat

Asrullah Affendi
A
A

KUANTAN - Majlis Belia Felda Wilayah (MBFW) Kuantan mendakwa kenyataan Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) mengenai penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluaran minyak sawit di negara ini tidak berasas dan berniat jahat.

Ketua Penerangannya, Asrullah Affendi Abdullah berkata, dakwaan itu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi dan menyekat pendapatan pekebun kecil termasuk peneroka yang sudah lama mengusahakan tanaman sawit di negara ini.

Menurutnya, kenyataan CBP disifatkan berniat jahat kerana mengeluarkan fakta-fakta salah pada umum kononnya pekebun sawit termasuk peneroka yang berada di Rancangan Felda seluruh negara menjual hasil kepada kilang sawit FGV Holding Berhad dengan menggunakan tenaga buruh paksa.

"CBP juga mendakwa pekebun dan peneroka juga telah melakukan penyeksaan terhadap golongan ditindas (buruh paksa) dengan keganasan fizikal, seksual dan ancaman lain kepada mereka.

"Dakwaan ini seperti ada agenda lain yang mahu menyekat pendapatan pekebun kecil dan kita berpendapat kenyataan CBP ini bercanggah dengan fakta sebenar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan mengenai sekatan segera terhadap import minyak sawit dan produk berkaitan dari sebuah syarikat Malaysia kerana berlaku penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluaran berkenaan setelah siasatan selama setahun dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: AS larang import produk minyak sawit FGV

Kerajaan akan siasat dakwaan FGV guna buruh paksa

CBP akan mengeluarkan arahan untuk menahan kemasukan produk sawit dan minyak sawit dari FGV Holding Berhad di pelabuhan mengikut undang-undang persekutuan yang melarang import barangan dihasilkan oleh buruh paksa.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan itu, Asrullah Affendi berkata, setiap tahun ladang-ladang milik peneroka Felda dan FGV melalui proses pemeriksaan pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) dan pensijilan Rundingan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkaitan agar kualiti serta pengeluaran sawit dapat dikawal sebaiknya.

Jelasnya, justeru pihaknya menggesa pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini terlibat secara langsung dalam penghasilan produk sawit dengan menyebarkan maklumat tepat dan benar.

"Kalau boleh semua pihak perlu berganding bahu dan menggunakan platform media maya bagi menyebarkan fakta-fakta sebenar berkaitan produk yang dihasilkan dari bahan sawit ini.

"Pihak Majlis Belia Felda Malaysia akan menghantar memorandum bantahan ke seluruh Pihak Kesatuan (EU) bagi memberi pemahaman kepada mereka tentang penghasilan produk sawit ini," katanya.

Beliau menjelaskan, kemungkinan selepas ini pihaknya perlu menjemput Presiden AS, Donald Trump datang ke Malaysia dan melawat kebun-kebun sawit yang sedia ada di negara ini sebelum ia disekat sepenuhnya.

"Kita berharap usaha menyelamatkan sekatan ini dapat dilakukan segera oleh kerajaan dalam menjamin Kelestarian Ekonomi Negara dan pendapatan para pekebun kecil, termasuklah 112,358 peneroka Felda di seluruh negara.

"Jika pihak kerajaan tidak membantu, pastinya kejatuhan ekonomi melibatkan industri sawit akan memberikan kesan yang amat buruk kepada hampir 87.65 peratus mereka yang berada di dalam industri ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!