Tak sempat jual 1.3 tan beras siam seludup

Seorang lelaki dicekup bersama beras siam seludup seberat 1.3 tan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang malam tadi.
Seorang lelaki dicekup bersama beras siam seludup seberat 1.3 tan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang malam tadi.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki tidak sempat menghantar berat siam seludup seberat 1.3 tan kepada pembeli di Pasir Puteh selepas ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan di Kampung Padang Licin di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, bertindak atas maklumat, pasukannya telah mengesan sebuah kereta Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Pasir Mas menghala ke Rantau Panjang pada jam 10 malam.

"Kenderaan itu dipandu dalam keadaan tidak memasang lampu belakang dan ia berjaya ditahan di Kampung Padang Licin.

"Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu telah menjumpai 52 kampit besar beras seberat 1.3 tan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 32 tahun itu mengaku menyeludup beras dari pangkalan haram untuk dihantar kepada pembeli di Pasir Puteh.

"Dia turut mengaku telah melakukan aktiviti ini beberapa kali mengikut pesanan yang diterima.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM23,200," katanya.

Katanya, lelaki berkenaan dan semua barangan rampasan termasuk kenderaan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994," katanya.