The Simpsons ramal nasib Trump

Imej animasi memaparkan Trump terbaring di dalam keranda dikongsi secara meluas di Twitter. - Foto: Agensi
Imej animasi memaparkan Trump terbaring di dalam keranda dikongsi secara meluas di Twitter. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Sitkom animasi terkenal Amerika Syarikat (AS), The Simpsons telah sekian lama dilihat sebagai peramal peristiwa pada masa depan.

Pada kali ini, The Simpsons mencetuskan spekulasi baharu tercetus selepas Presiden AS, Donald Trump yang sebelum ini sering memandang rendah ancaman koronavirus (Covid-19) disahkan positif virus itu semalam.

Imej animasi memaparkan Trump terbaring di dalam keranda mula tersebar di media sosial sejak pagi tadi selepas bilionair hartanah terbabit mengesahkan beliau dan isterinya, Melania Trump positif virus tersebut susulan pembantu kanannya, Hope Hicks didiagnos keadaan sama.

Berita itu turut menerima pelbagai reaksi pengguna Twitter malah ada yang berpendapat siasatan perlu dilancarkan ke atas sitkom tersebut jika ia benar-benar berlaku ke atas Trump.

Bagaimanapun, kematian atau upacara pengebumian Trump tidak pernah dipaparkan sepanjang tempoh 31 musim siri bercorak parodi tersebut.

Difahamkan, imej tersebut yang dikongsi secara meluas di internet hanya dihasilkan untuk kelihatan seperti gambar kartun ikonik.

Sebelum ini, pelbagai teori konspirasi muncul selepas The Simpsons pernah meramalkan beberapa peristiwa penting yang berlaku beberapa tahun kemudian.

Sebagai contoh, menerusi episod 'Merge in Chains', ia bermula dengan penularan epidemik dan berakhir dengan rusuhan dan vandalisme yang didakwa sama dengan kejadian yang berlaku pada tahun 2020. - Agensi

Artikel Berkaitan: