PKR zahir ucapan takziah buat keluarga Vui Keong

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Parti keadilan Rakyat (PKR) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong yang dilaporkan meninggal dunia hari ini di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mendiang merupakan seorang bekas menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang amat berdedikasi dan cukup komited terhadap usaha reformasi perundangan termasuk berkait reformasi sistem penjara serta hukuman gantung.

"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat Dewan Rakyat dan persada politik tanah air.

"Warga PKR mendoakan agar keluarga mendiang akan diberi ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan besar ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan) dilaporkan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital terbabit akibat radang paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan ucapan sama di Facebook beliau.

"Terima perkhabaran sayu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia hari ini.

"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mendiang, semoga mereka tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Anwar
Anwar

Anwar berkata, jasa dan pengorbanan mendiang ketika menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) semasa pentadbiran PH akan terus dikenang rakyat dan negara.