X

Kindly register in order to view this article
!

KFA mohon Muhammad Sanusi pertimbang keputusan

Semalam, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi meluahkan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA selepas menyelesaikan tunggakan hutang KFA lebih RM10 juta melalui kenyataan di laman sosial Faceboook.
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dimohon menimbang semula cadangannya untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din berkata, ketika ini, KFA amat memerlukan khidmat Muhammad Sanusi untuk mentadbir dan memajukan sukan bola sepak Kedah.

"Difahamkan, beliau meluahkan hasrat meletak jawatan demi memberi laluan kepada pihak lain yang dirasakan lebih berkelayakan tetapi pada saya, beliau adalah individu paling layak untuk menerajui pasukan.

"Sebagai Menteri Besar Kedah, beliau satu-satunya individu yang memiliki keupayaan dan kuasa menyelesaikan kemelut KFA," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri tersebut dapat mempertimbangkan cadangan untuk menyerahkan tugas dan urusan bola sepak Kedah kepada pihak lain.

Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya sedikit terkilan dengan kecaman dilontarkan netizen di media sosial terhadap Presiden KFA.

"Beliau (Muhammad Sanusi) memiliki komitmen mentadbir KFA sekali gus perlu menyelesaikan kemelut hutang yang ditinggalkan kepimpinan lama dan perlu menguruskan masalah negeri, yang mana perlu diselesaikan dalam tempoh singkat," katanya.

Katanya, KFA juga berharap orang awam khususnya penyokong tidak terus melontarkan sebarang kecaman dan menjadikan beberapa perkara sebagai isu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi meluahkan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA selepas menyelesaikan tunggakan hutang KFA lebih RM10 juta melalui kenyataan di laman sosial Faceboook.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Sanusi berhasrat lepaskan jawatan KFA

Darulaman FC nama baharu Kedah FA


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!