Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor, CDL di myEG

Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara atas talian melalui sistem myEG akan dilaksanakan bermula 9 Oktober ini.
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara atas talian melalui sistem myEG akan dilaksanakan bermula 9 Oktober ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara atas talian melalui sistem myEG akan dilaksanakan bermula 9 Oktober ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula akan dilaksanakan secara atas talian bermula 16 Oktober ini.

Bagaimanapun katanya, ia tidak termasuk bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

"Pelaksanaan berkenaan merupakan satu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan normal baharu yang praktikal.

"Pada waktu kini, perkhidmatan atas talian melalui sistem myEG adalah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja," menurut kenyataan itu di sini semalam.

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, beberapa perkhidmatan JPJ telah terganggu disebabkan penutupan kaunter JPJ akibat pandemik koronavirus (Covid-19) yang berleluasa.

Artikel Berkaitan: