X

Kindly register in order to view this article
!

'Henti salahkan pemimpin lain dalam urusan Sabah'

Bung Moktar Radin
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri meminta pihak tertentu henti menyalahkan mana-mana pemimpin dalam urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau dalam satu kenyataannya hari ini berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, BN masih mampu memenangi 14 kerusi daripada 32 kerusi yang dipertandingkan dan 70 peratus adalah daripada muka baharu.

"Selaku Ketua UMNO Sabah, saya akan melakukan 'post mortem' untuk mencari punca beberapa kerusi yang ditandingi BN mengalami kekalahan. Kami juga akan membuat penambahbaikan demi memastikan BN dapat merampas semula kerusi-kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Saya juga memohon maaf kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana hasrat dan rakan-rakan yang berkehendakkan saya atau wakil daripada UMNO Sabah menjadi Ketua Menteri tidak kesampaian," katanya.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I turut berkata, ia memang menjadi harapan UMNO Sabah namun mengakui dengan hanya memenangi 14 kerusi sukar untuk menuntut jawatan Ketua Menteri.

"Saya berharap kepada pihak-pihak tertentu yang masih bersandiwara menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah, hentikanlah tindakan tersebut.

"Berlaku adil... jangan rugikan parti dengan agenda peribadi. Kita jernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi kedukaan kita dengan keputusan PRN baru-baru ini.

"Duka dan pedihnya, UMNO Sabah yang merasainya, kita undur selangkah ke belakang bukan bererti kalah, tetapi kita bersedia untuk melangkah jauh lagi ke hadapan," katanya.

Terdahulu, beliau dalam kenyataannya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pimpinan utama dan jentera UMNO yang turun membantu kempen di PRN Sabah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!