X

Kindly register in order to view this article
!

Liverpool sahkan Alcantara positif Covid-19

Thiago Alcantara
A
A

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mengesahkan tonggak baharu The Reds, Thiago Alcantara dikuarantin selepas pemain itu positif pandemik Covid-19.

Pemain berusia 29 tahun yang menyertai skuad kendalian Jurgen Klopp dari gergasi Bundesliga awal bulan ini membuat penampilan pertamanya ketika membantu The Reds mengatasi Chelsea 2-0 minggu lalu.

Bagaimanapun, pemain tengah itu disisihkan daripada kesebelasan utama The Reds ketika kelab itu menewaskan Arsenal 3-1 selepas menyatakan dia mengalami simptom pandemik berkenaan.

"Ini adalah pilihan kepada setiap individu sama ada mereka mahu menyatakan secara terbuka atau sebaliknya hasil ujian Covid-19.

"Kami mengikuti semua protokol untuk kes ini dan Alcantara kini dalam keadaan baik. Dia sedang mengasingkan diri seperti ditetapkan bagi membolehkannya segera sembuh untuk kembali bersama kelab," kata doktor pasukan utama The Reds, Dr Jim Moxon.

Sementara itu, Alcantara di Twitternya hanya berkata, "Masa untuk sembuh."

Alcantara adalah pembelian baharu Klopp musim ini dalam misi kelab itu untuk mempertahankan kejuaraan liga.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!