Cemas kereta dirempuh dan terbalik

Kemalangan menyebabkan Perodua Axia terbalik, sementara sebuah lagi kenderaan tersangkut di pembahagi jalan.
Kemalangan menyebabkan Perodua Axia terbalik, sementara sebuah lagi kenderaan tersangkut di pembahagi jalan.
A
A
A
RAWANG - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dilanggar lalu terbalik di Jalan Rawang-Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian jam 9.30 itu, mangsa, Sabarudin Othman, 53 dari Jalan Meranti Batang Kali menggunakan laluan Rawang Bypass dari Sungai Choh menghala Selayang.

Menurutnya, kereta Perodua Axia dipandu mangsa dirempuh sebuah kereta terbabas dari arah Pekan Rawang.

"Ketika kereta mangsa sampai di susur turun Rawang Bypass, sebuah Mitsubishi Mirage dari Pekan Rawang hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu melanggar bahagian belakang kereta mangsa.

"Akibat daripada pelanggaran tersebut Perodua Axia mangsa terbalik dan dia mengalami cedera di kaki," katanya.

Menurutnya, insiden tidak melibatkan kecederaan serius hanya melibatkan kerosakan kenderaan.

Artikel Berkaitan: