Dua remaja warga asing ditahan miliki dadah

No Image Caption
A
A
A

MIRI – Dua remaja lelaki warga asing ditahan polis dalam serbuan antidadah di sebuah rumah di Lambir, Jalan Miri-Bintulu, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata kedua-dua suspek berusia 17 dan 19 tahun itu ditahan jam 4.15 pagi bersama satu peket plastik lutsinar mengandungi 90 keratan tiub straw berisi ketulan kristal dipercayai Methamphetamie seberat anggaran kasar 11.30 gram bernilai RM2,200.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing ke atas mereka adalah negatif.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan memiliki dadah. - Bernama

Artikel Berkaitan: