PBS hargai sokongan pengundi kepada calon PBS

Maximus Ongkili
Maximus Ongkili
A
A
A

KOTA KINABALU - Kemenangan tujuh calon Parti Bersatu Sabah (PBS) telah menyumbang kepada kejayaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Sabah, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

“PBS amat berterima kasih kepada pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada calon parti masing-masing di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.

“Kami akan memastikan wakil rakyat kami ini setia dan bekerja keras untuk menunaikan janji dan komitmen bagi memberi khidmat yang terbaik mungkin untuk pengundi,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

GRS terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS telah memenangi 38 daripada 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: BN, GRS berjaya tubuh kerajaan baharu

Hajiji, Bung Moktar ke Istana Negeri

Ongkili mengajak rakyat bekerjasama membantu kerajaan baharu memperbaiki segala kekurangan dalam usaha memberi khidmat sebaik mungkin kepada rakyat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parti, penyokong, keluarga dan rakan mereka yang memberi sokongan dan undi kepada 20 calon PBS bertanding pada pilihan raya itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: