Jeffrey Kitingan pertahan kerusi DUN Tambunan

Jeffrey Kitingan
Jeffrey Kitingan
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dengan majoriti 6,792 undi.

Ahli Parlimen berumur 72 tahun itu menewaskan pencabarnya daripada Parti Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Laurentius Nayan Ambu yang hanya mendapat 1,899 undi.

Jeffrey, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya memperoleh 8,691 undi dalam persaingan enam penjuru.

Empat calon lain iaitu Silverius Bruno (PBS); Damian Marcus Podtung (Parti Cinta Sabah); Nordin Jaini @ Zaini (Parti Gagasan Rakyat Sabah) dan penyanyi tempatan Jimmy Palikat (Bebas) masing-masing hilang wang deposit apabila gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada keseluruhan undi yang dikira. - Bernama

Artikel Berkaitan: