Bung Moktar menang dengan majoriti 661 undi

Bung Moktar Radin - Foto Bernama
Bung Moktar Radin - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menewaskan Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Ismail Ayub dalam persaingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 661 undi.

Bung Moktar, 61, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan memperoleh 3,035 undi mengalahkan Mohd Ismail Ayob (2,374 undi) seterusnya diangkat menjadi wakil rakyat bagi kerusi DUN baharu itu.

Tiga lagi calon iaitu Razman Mayah (PCS), Sairin Abd Rahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan Junny @ Karuak Abdullah (Bebas) masing-masing hilang wang deposit setelah gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira. - Bernama

Artikel Berkaitan: