Lebih 100 individu miliki dua kerakyatan dihalang masuk Sabah

Hazani (tengah) ketika bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.
Hazani (tengah) ketika bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.
A
A
A

PAPAR - Lebih 100 individu dari negara jiran dipercayai memiliki dua kerakyatan berjaya dihalang masuk ke Sabah melalui perairan Sandakan dua hari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, mereka cuba masuk ke perairan Sandakan dengan menggunakan dua jongkong dan dua bot laju.

"Bukan hendak menafikan dan menghalang mereka untuk mengundi. Kita terpaksa halang kerana masuk dan keluar dari sini melalui cara yang tidak sah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung isu cubaan masuk ke Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Tambah Hazani lagi, kemasukan mereka itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) daripada terus merebak di negeri ini.

"Mereka ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan. Jika hendak masuk ke Sabah mereka perlu menggunakan cara yang sah dan menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Terdahulu, beliau berkata seramai 1,890 pegawai dan anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dikerahkan untuk mengawal sempadan perairan dan juga darat Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tidak tolak kemungkinan kemasukan pemegang dua kerakyatan

JPN ambil tindakan tegas kepada pemegang dokumen palsu


Artikel Berkaitan: