Ambrin hadir di SPRM bantu siasatan pindaan audit 1MDB

Tan Sri Ambrin Buang
Tan Sri Ambrin Buang
A
A
A
PUTRAJAYA - Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, Ambrin tiba pada jam 3.15 petang selepas dipanggil untuk memberi keterangan.

Media yang menunggu kehadiran Ambrin di perkarangan pintu masuk utama SPRM itu bagaimanapun tidak dapat mengesan kenderaan yang dinaiki beliau.

Semalam, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah diubah dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tahu tentang perkara tersebut

Menurutnya, dua perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu - pertama mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan kedua berkenaan status kewangan 1MDB.
Artikel Berkaitan:


SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berkaitan isu itu dalam tempoh terdekat. - Bernama