Mangsa banjir di Paitan bertambah

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di daerah kecil Paitan sedikit bertambah kepada 135 mangsa hari ini berbanding 134 mangsa daripada 33 keluarga semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, semua mangsa masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Dewan Kampung Binsulung, Sekolah Kebangsaan Pamol dan Dewan Kampung Sungai-Sungai.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bersama agensi keselamatan lain akan terus memantau situasi banjir di kawasan berkenaan memandangkan keadaan cuaca di daerah itu mendung ketika ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mistirine Radin berkata dua buah sekolah rendah di daerah Sandakan masih ditutup berikutan banjir di kawasan sekolah yang belum surut.

Beliau berkata sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (Sk) Sualok dan Sk Binsulung melibatkan seramai 432 murid serta 27 guru.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!