Hujan lebat iringi kempen hari akhir

Beberapa penyokong parti Perikatan Nasional berkempen dalam hujan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah hari ini.
Beberapa penyokong parti Perikatan Nasional berkempen dalam hujan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Menjelang hari terakhir kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, beberapa penyokong parti Perikatan Nasional (PN) dilihat bersemangat berkempen walaupun dalam hujan lebat.

Beberapa penyokong parti itu dilihat melakukan pelbagai cara untuk meraih undi calon yang bertanding.

Mereka yang memaparkan plakad tertera 'sila bunyikan hon anda jika anda sokong PN' menarik perhatian pengguna jalan raya di lampu isyarat berhampiran Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah hari ini.

Selain itu terdapat juga penyokong mengibarkan bendera PN di beberapa buah bulatan sekitar Pekan Kinarut.

Seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa layak mengundi esok dengan bakinya merupakan pengundi pos.

Terdapat 2,540 saluran dibuka di 741 pusat mengundi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 1088711 pengundi biasa bakal mengundi esok

PRN Sabah: Sediakan payung sebelum mengundi esok

Artikel Berkaitan: