Pelancaran Eko Pelancongan Sungai Siput, Kuala Kangsar meriah

Kar Hing pada acara tarik tali di dalam air.
Kar Hing pada acara tarik tali di dalam air.
A
A
A

IPOH - Majlis Pelancaran Eko Pelancongan Daerah Sungai Siput dan Kuala Kangsar di Pulau Raia, Kem Lang Buana Camp, Kampung Jawang, Sungai Siput, pagi tadi, berlangsung meriah dengan penganjuran pelbagai aktiviti.

Antara acara yang dianjurkan 'jungle tracking' di Pulau Raia, acara tarik tali di dalam sungai, acara berkayak serta aneka jualan makanan serta barangan cenderahati di Kem Lang Buana.

Kar Hing menyertai acara berkayak pagi tadi.
Kar Hing menyertai acara berkayak pagi tadi.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Negeri, Tan Kar Hing dan Penaung Persatuan Pembangunan Pelancongan Daerah Kuala Kangsar, Siti Norlizawati Narawi.

Kar Hing turut menyertai acara berkayak bersama dengan peserta lain dari Pulau Raia sehingga ke jeti Kem Lang Buana.

Artikel Berkaitan: