'Strategi 16 September' Anwar tidak beri kesan: Annuar

Tangkap layar Twitter Annuar Musa
Tangkap layar Twitter Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - 'Strategi 16 September' yang didakwa dikitar semula oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi sebarang kesan terhadap jentera pembangkang bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, strategi itu langsung tidak menjejaskan jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS), BN dan Perikatan Nasional (PN) malah menjadi semakin padu.

"Alhamdulillah, walaupun DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cuba kitar semula 'strategi 16 September', ia langsung tak menjejaskan jentera GRS, BN, PN malah semakin padu," ciapnya di Twitter sebentar tadi.

Pada masa sama, Annuar menyifatkan tindakan Presiden PKR itu menjadi perangsang kepada seluruh jentera untuk menghadapi perang lebih besar selepas berakhirnya PRN Sabah.

"Ia merangsang kita bersiap untuk 'perang' lebih besar. Rakyat Sabah berpeluang tolak DAP, tolak Parti Warisan Sabah (Warisan), tolak Datuk Seri Anwar Ibrahim esok dan segerakan Pilihan Raya Umum (PRU)," kata beliau.

Artikel Berkaitan: